Pages

Wednesday, 1 July 2015

Hi 2015!

Assalamualaikum..

Subhanallah dah masuk 2015, nampak giler berhabuk aku punya blog. hihihi. *sapu-sapu sawang

Sepanjang tahun 2014 hingga ke 2015 banyak betul perkara besar yang berlaku dalam hidup Tulip. Salah satunya kehilangan orang yang paling Tulip sayang iaitu ayahanda Tulip yang telah pergi menemui Ilahi pada 1 JUN 2014 yang lalu (Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang soleh dan beriman).

Sekarang dah start kerja balik kat Key El you olls.! Nanti nak kongsi pengalaman jadi cikgu ganti kat sekolah menengah dengan uolss semua. Kbai nak sambung buat kerja balik. Muahhhh!

Saturday, 24 August 2013

Surat Untuk Masa Depan!

Assalamualaikum....
Hai uolls, selamat pagiiiiiiii

Ok pagi-pagi dah tulis entri nampak sangat tak de kerja time praktikal nie..muehehehe. Pagi nie nak promote something kat korang. Penah tak korang rasa macam nak tulis sesuatu untuk peringatan di masa hadapan. Tak pon apa rasanya dapat surat dari masa lalu eh. Hari tu masa duk godek-godek google terjumpalah satu laman web nie. Namanya Write A Letter To The Future . Korang tulis je apa pesanan untuk masa depan korang. Boleh jugak hantar kat kawan-kawan. Mesti Ohsemkan! Paling penting ia free of charge. Jadi bolehlah tulis banyak-banyak.



Korang juga boleh setting tarikh dan masa surat tu dihantar. Contohnya dihantar pada 6 tahun akan datang dan sebagainya. Banyak pesanan yang korang boleh buat. Selain itu, korang boleh baca surat orang lain jugak. Macam-macam pesanan yang boleh kita baca.

Saya dan cuba dan ianya sangat best! Hopefully korang trylah jugak yea :)

Tuesday, 20 August 2013

INTERNSHIP is sinking

Assalamualaikum..
Anyeong! masih lagi fefeeling Korea sebab baru khatam movie Korea.huihui

Entri kali nie nak story sikit pasal latihan praktikal untuk penuhi syarat nak grad tahun ni. Pertama sekali rasa bersyukur sangat diberi peluang untuk menjalani latihan praktikal kat Pejabat Daerah dan Tanah Setiu, Terengganu. First time menjalani tempoh kerja yang official (biasa sambilan aje).

Untuk LI ni aku ditempatkan dibahagian pentadbiran. Kat kaunter katekau. Macam-macam kerenah manusia kita boleh tengok dari tempat tu. Nak-nak kat kaunter tu pulak dekat dengan telefon pejabat. Nak tak nak terpaksa lah kadang-kadang nak menjawabnya. Paling best dapat customer yang reti bahasa dan adab menelefon. Sopan dan lembut aje suara-suara mereka. Paling tak best kena jawab panggilan dari customer yang reti marah-marah dan tak bersopan. Rasa nak join kurang ajar sekali dengan beliau itu.

Biasalah jadi budak praktikal, macam-macam keja yang kena buat. Paling best dapat belajar sambil buat kesilapan tanpa kena marah. Kalau tak tahu buat takdelah kena kutuk. muahahaha! Syukur pulak tu dapat incik bos yang baik hati budi pekerti. Sempat je keluar merendek sekali dua waktu ofis. Akaks dan abangs kat sini pon baik. Sanggup bagi tunjuk ajar dan bagi kerja agar tak bosan tunggu pukul 5. Serius bosan tak tau nak buat hape kalau tak ade kerja.

Intern aku 2 bulan je, tu pon dah nak abis. Sebab tu lah internship is sinking. hahaha. Baru aje nak jadi makin rapat dengan akaks kat sini. Tapi papehal lepas ni dah kena bersedia untuk menempuhi dunia kerjaya yang sebenar. Tak leh dah nak buat watlek watkool macam sekarang. Hwaiting Aimi! Doakan aku selamat grad tahun nie ye sebab dah tak larat nak mengadap assignment. Sekian :)

Geng Praktikal PDS :)

Monday, 19 August 2013

Tudung Hati dan Iman

Assalamualaikum..

So, hari nie nak bincang sikit pasal tudung. ye la tudung yang lindung kepala dengan dada tu. Sekarang makin banyak Tulip tengok tudung yang pelik-pelik. Tudung rumpai laut lah, tudung alas meja, tudung kalerful, tudung 16 layer dan sebagainya. Makin hari makin pelik nengok hijabista hari ni pakai tudung. Tu tak masuk lagi golongan yang main belit-belit tudung. Fuyohhh thumbs up lah tgk gaya dorang! Namun dalam keasyikan kita mengejar fesyen dan kemodenan berpakaian jangan dilupa makna dan fungsi sebenar tudung yang dipakai.
 
Tudung yang kita pakai itu bertujuan untuk menutup aurat dan melindungi anggota yang xxx daripada pandangan manusia kucing-kucing liar sekalian. Yang paling sedih sekali bila orang asyik salahkan tudung kalau si pemakai buat silap dan berperangai yang nokharom. Iman buka terletak pada tudung tapi pada hati yang menerima dan mengakui Ke-Esa-annya. Paling tak faham pulak dengan pemakaian tudung nampak jambul. Serius tak faham -______-" maksud sebenar yang ingin dipamerkan oleh beliau.

Sekarang nie dah banyak fesyen tudung yang dijual di pasaran. Macam-macam nama dan gaya, sampai tak sempat den nak menghafal. Tersangatlah banyak dan cantik-cantik belaka. Tak kurang jugak yang pelik-pelik dan aneh sekali dipandang. Nak-nak kalau pergi survey tudung kat Jalan TAR dan Masjid India. Konpem! pelbagai jenis tudung boleh ditemui.

Sebagai pemakai tudung kita ada hak untuk memilih tudung yang cantik dan juga sopan. Jangan mudah terikut-ikut dengan perkembangan fesyen sehingga luntur nilai sebenar memakai tudung. Ikut syariat yang telah ditetapkan oleh Islam dalam aspek pemakaian tudung dan BE BEAUTIFUL! Sekian :)


Sunday, 18 August 2013

Kerja Atau Sambung Master?

Assalamualaikum..
Anyeong! perghhh fefeeling Korea gitue. Ntah betul ke tidak aku eja tu.

So, second entri ni nak tulis pasal dilema Alumni-to-be dalam 2 bulan lagi. Ramai kawan-kawan yang fikir nak sambung study. Banyak kelebihan jugak sambung study nie menurut pendapat hamba lah. Antaranya

KELEBIHAN:
1. Tak yah sibuk-sibuk bangun terlalu pagi untuk menghadap jem dan punchcard merah
2. Fikir assignment je kerja korang.
3. Cuti lagi banyak dari orang yang bekerja (cuti sendirian berhad)
4. Fikiran lebih matang? (ye ke?)
5. Dapat biasiswa tau! (tu pun kalau pointer hangpa baguih la)

KEKURANGAN
1. Nak bagi assignment siap macam ape dahh (pengalaman budak degree)
2. Nak tunggu duit masuk seksa tau.
3. Exam week memang boleh menyebabkan stress ya ampun!

Tapi kerja pun macam best jugak. Yela dapat pegang duit sendirian berhad dan membelanjakan beliau dengan gelojohnya. haha. yang paling best time nilah masa untuk kumpul harta duniawi untuk generasi akan datang. ceewaahh! Ni pro dan cons yang boleh hamba fikirkan.

KELEBIHAN
1. Dapat gaji tetiap bulan. yehuuuuu
2. Pakai kereta chantek2
3. Masa untuk cari jodoh #Eh!
4. Shopping sakan habaq hang!
5. Masa untuk berbakti untuk mak dan ayah.
6. Join cuti-cuti Malaysia.
7. Buat Umrah dengan mak dan ayah.

KEKURANGAN
1. Letih hadap kerja yang sama.
2. Bosan sebab kadang-kadang kerja bukan banyak sangat pon.
3. Bukan boleh angkat cuti sewenang-wenangnya macam budak sekolah.
4. Gaji habis bayar hutang jerr
5. Pagi-pagi kena datangg ofis awal takut punchcard merah.
6. Kerenah rakan sekerja, pelanggan dan incik bos yang pelbagai.
7. Meeting yang tak pernah habis

Tiba-tiba Jemah dah pening nak pilih yang mana satu ni. Kahwin buat masa nie memang mengundang hempukan kepala lah dari mak. Jadi bantulah saya membuat pilihan yang tepat agar dapat mengelakkan bebelan dan pertanyaan yang tanpa henti daripada masyarakat dan ibu bapa. :)

Bangun Semula!

Assalamualaikum..
Maaf semua entri dulu terpaksa di 'delete' atas faktor bahasa yang entah ape-ape dan mengarut. huhuhu. Selain itu, banyak lagi sebab-sebab yang lain. Tapi jenuh pulak nak menaip nie haaaaaa. Enjoy dengan entri baru yea. (sbb dah tak payah buat assignment so dah tak bizi. hahaha)
* Selamat Hari Raya :)